Penginapan Hotel Paling Murah di Malaysia!

Malaysiaupdate.com adalah tempat paling tepat untuk mencari Maklumat terkini mengenai penginapan Hotel yang paling murah dan terbaik semasa melancong di Malaysia

27 pemandu ditahan, 115 tan kayu getah dirampas

1 min read

JABATAN Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menahan 27 pemandu lori dan merampas 115 tan kayu getah bernilai RM50,000 dalam Ops Selatan yang berakhir semalam.

Semua rampasan berikutan gagal menunjukkan permit sah mengangkut hasil hutan.

Pengarahnya Roslan Rani berkata, operasi dilakukan di laluan panas di Sik, Kuala Muda, Kulim, Padang Terap dan Pokok Sena dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, siasatan awal mendapati semua kayu getah yang diangkut akan dijual atau dibekalkan kepada kilang kayu di Pokok Sena.

“Mereka ini ada yang memandu lori persendirian dan ada juga dari syarikat swasta. Permintaan tinggi terhadap industri perabot kayu getah menyebabkan individu dan syarikat sanggup melanggar undang-undang serta mengangkut kayu ini tanpa permit.

“Kesemua 27 lori serta kayu getah disita untuk siasatan lanjut manakala pemandu lori berusia antara 18 hingga 53 tahun dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Roslan berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 68(1) dan Seksyen 68(2) Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985.

Katanya, JPNK komited dan memandang serius jenayah hutan yang boleh merosakkan ekosistem alam.

“Selain itu, tindakan membawa atau mengangkut hasil hutan berlebihan di jalan raya juga membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Dalam operasi itu, PDRM dan JPJ turut mengeluarkan beberapa saman kerana membawa muatan berlebihan dan kesalahan trafik lain,” katanya.

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!
Baca Juga>>>  Tiada lagi baju oren suspek rasuah

Related Hotels