6 saat sahaja, atlet Malaysia Jace Law TKO-kan petarung Korea Selatan

1 min read

SINGAPURA: Malaysia sekali lagi membuktikan kehebatan dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) di pentas dunia dengan kemenangan atlet negara, Jace Law dalam ONE Warrior Series 6, di Singapura pada Khamis.

Anak kelahiran Sarawak berusia 27 tahun itu hanya mengambil masa enam saat untuk menumpaskan petarung dari Korea Selatan, Kim Jong Heon menerusi TKO pusingan pertama.

Dalam pertarungan tersebut, Law yang kelihatan tenang berjaya menepis serangan awal dari Kim sebelum melancarkan tumbukan bertubi-tubi ke arah lawannya, memaksa pengadil menghentikan perlawanan.

Pengadil kemudiannya menghadiahkan kemenangan kepada Law.

Law sebelum ini pernah menjadi juara dalam kategori lightweight untuk pertandingan MMA amatur Malaysian Invasion musim ke-3 (MIMMA3).

Dia juga pernah memenangi beberapa lagi pertandingan lain termasuk Octagon Fighting Championship.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan melibatkan peserta Malaysia, Edilah Johany tewas di tangan Ji Yeon Seo dari Korea Selatan menerusi keputusan TKO.

Sungguh pun tidak memperolehi kemenangan, atlet dari Sabah itu memberikan saingan yang sengit sepanjang pertarungan hingga ke pusingan ketiga.

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!
Baca Juga>>>  UFC tentukan nasib Tony Ferguson selepas Khabib bertemu Poirier