Penginapan Hotel Paling Murah di Malaysia!

Malaysiaupdate.com adalah tempat paling tepat untuk mencari Maklumat terkini mengenai penginapan Hotel yang paling murah dan terbaik semasa melancong di Malaysia

Fernando Torres umum persaraan

1 min read

FERNANDO TORRES mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak hari ini, selepas 18 tahun bermain secara profesional.

Penyerang berusia 35 tahun dari Sepanyol itu beraksi untuk pasukan Sagan Tosu di Jepun tahun lalu, membuat pengumuman menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.

Torres akan memberi butiran lanjut mengenai keputusannya untuk bersara pada satu sidang media pada Ahad di Tokyo.

Torres menjaringkan 81 gol sepanjang empat musim bersama Liverpool dan memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa dan Piala FA dengan Chelsea.

Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol itu juga memenangi Piala Dunia pada 2010.

Torres berhijrah ke Liverpool dari kelab tempat kelahirannya, Atletico Madrid pada 2007 dan menjaringkan 24 gol untuk the Reds pada musim pertamanya di England.

Dia kemudian membuat kejutan apabila berhijrah ke Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan Januari 2011.

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!
Baca Juga>>>  6 saat sahaja, atlet Malaysia Jace Law TKO-kan petarung Korea Selatan