9.5615 PENGINAPAN HOTEL PALING MURAH DI MALAYSIA!

Malaysiaupdate.com- Maklumat terkini mengenai Penginapan Hotel Paling Murah di Malaysia. Semak 9.5615 hotel paling murah di Malaysia sekarang!

`Kejutan’ buat Tun M dan Tun Siti Hasmah

2 min read

TUN Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini menerima kejutan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkenan menganjurkan sambutan ulang tahun kelahiran `impromptu’ (mengejut) buat mereka di Istana Negara, di sini.

Detik-detik istimewa itu berlangsung selepas penyampaian Darjah Yang Maha Utama Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada istiadat yang sama, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N).

Istiadat persembahan darjah kebesaran kepada Seri Paduka berdua disampaikan Perdana Menteri yang mewakili kerajaan.

Dr Mahathir kelihatan benar-benar terkejut apabila kek khas bersama pulut kuning dibawa masuk ke dalam bilik untuk meraikan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-94 yang tarikhnya pada semalam.

Dr Siti Hasmah pula akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-93, esok.

Seri Paduka berdua berkenan berangkat menyertai majlis itu sebaik para hadirin menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ kepada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah pada acara memotong kek.

Kek berbentuk piano berwarna hitam dan putih itu dihiasi dengan bunga-bungaan, sebuah biola mini, sekeping nota muzik dan buku-buku – mungkin untuk menggambarkan kegemaran Dr Mahathir membaca dan kecintaan Dr Siti Hasmah kepada muzik.

Perdana Menteri dan isteri yang mendirikan rumah tangga sejak 63 tahun lepas, kemudiannya saling menyuapkan potongan kek dan saat-saat bahagia itu turut disaksikan oleh Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong.

Turut hadir untuk menyaksikan kedua-dua istiadat ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan Menteri Besar Pahang Menteri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baca Juga>>>  'Tak boleh pakai bapa macam ni'
KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!

Related Hotels

1 min read
1 min read