9.5615 PENGINAPAN HOTEL PALING MURAH DI MALAYSIA!

Malaysiaupdate.com- Maklumat terkini mengenai Penginapan Hotel Paling Murah di Malaysia. Semak 9.5615 hotel paling murah di Malaysia sekarang!

Piala Dunia: Cameroon mara ke pusingan kalah mati

1 min read

SENARAI pasukan yang layak ke pusingan kalah mati saingan Piala Dunia Wanita FIFA 2019 di Perancis sudahpun lengkap.

Cameroon melengkapkan senarai 16 pasukan yang layak ke pusingan seterusnya selepas menewaskan New Zealand 2-1.

Perlawanan penuh drama itu menyaksikan Ajara Nchout menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan pada minit terakhir pada kecederaan babak kedua.

Cameroon akan bertemu juara kumpulan D, England di pusingan kalah mati.

Dalam satu lagi perlawanan awal pagi tadi, juara bertahan, Amerika Syarikat menamatkan saingan kumpulan F selaku juara, selepas menewaskan Sweden 2-0.

Berikut senarai penuh pusingan kalah mati Piala Dunia Wanita FIFA 2019:

22 Jun 11:30pm Jerman vs Nigeria
22 Jun 3:00am Norway vs Australia
23 Jun 11:30pm England vs Cameroon
23 Jun 3:00am Perancis vs Brazil
24 Jun 12:00am Sepanyol vs Amerika Syarikat
24 Jun 3:00am Sweden vs Kanada
25 Jun 12:00am Itali vs China
25 Jun 3:00am Belanda vs Jepun

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!
Baca Juga>>>  Go Skateboarding Day: Kenapa papan selaju dan bukan skuasy?