9.5615 PENGINAPAN HOTEL PALING MURAH DI MALAYSIA!

Malaysiaupdate.com- Maklumat terkini mengenai Penginapan Hotel Paling Murah di Malaysia. Semak 9.5615 hotel paling murah di Malaysia sekarang!

Tiada lagi baju oren suspek rasuah

1 min read

AMALAN membawa suspek ke mahkamah dengan memakai baju lokap jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihentikan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, perkara itu sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sementara SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah, dalam berbuat demikian, kami pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang (rule of law),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, gari tangan akan hanya digunakan di mana perlu, misalnya jika terdapat risiko terlepas lari atau kelakuan agresif.

Katanya, bagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah.

Menerusi temu bual bersama sebuah portal berita SPRM dilaporkan membuat keputusan menghentikan pemakaian baju lokap jingga terhadap tahanannya.

Latheefa dipetik berkata, pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang.

>>>27 pemandu ditahan, 115 tan kayu getah dirampas

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!
Baca Juga>>>  [UPDATE] Mangsa banjir di Melaka menurun

Related Hotels