9.5615 PENGINAPAN HOTEL PALING MURAH DI MALAYSIA!

Malaysiaupdate.com- Maklumat terkini mengenai Penginapan Hotel Paling Murah di Malaysia. Semak 9.5615 hotel paling murah di Malaysia sekarang!

[UPDATE] Mangsa banjir di Melaka menurun

1 min read

JUMLAH mangsa banjir kilat pada hari kedua di Melaka menurun kepada 934 mangsa membabitkan 212 keluarga pada 8 malam ini berbanding 1,001 mangsa (225 keluarga) petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, hanya tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif.

Beliau berkata, hanya sebuah PPS mencatat peningkatan mangsa, tiga PPS pula menurun dan tiga lagi tidak berubah.

“Hanya PPS Balai Raya Bukit Balai mencatat peningkatan iaitu 40 mangsa dari tujuh keluarga berbanding 34 orang dari tujuh keluarga pada petang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka berkata, tiga PPS yang jumlah mangsa berkurangan ialah PPS Krubong dengan 221 orang dari 55 keluarga; PPS Taman Merdeka, 189 (46 keluarga) dan PPS Kampung Beringin, 46 (12 keluarga).

Katanya, bilangan mangsa banjir di tiga lagi PPS iaitu PPS Balai Raya Panchor, PPS Sekolah Belimbing Dalam dan PPS Balai Raya Sungai Tuang, tidak berubah pada malam ini.

Berita berkaitan

‘Enam bulan dijangka selesai’ – Adly

8 beranak berumah dalam lori

Sesi persekolahan tangguh akibat banjir [METROTV]

Tamatkan derita kami

Mangsa banjir meningkat 1,096 orang [METROTV]

KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA!
Baca Juga>>>  Tiada lagi baju oren suspek rasuah

Related Hotels